BYD Seal dipertonton di Malaysia — dijangka tiga varian, lancar Q1 2024, harga anggaran dari RM180k

[ad_1]

BYD Seal dipertonton di Malaysia — dijangka tiga varian, lancar Q1 2024, harga anggaran dari RM180k

Setahun lalu, BYD Seal pertama kali ditunjukkan di sini. Hari ini, mannequin EV itu sekali lagi dipertontonkan di Malaysia dalam acara BYD 1st Anniversary: Past Goals Celebration bertempat di Bukit Kiara Indoor Enviornment hujung minggu ini. Dalam penampilan kali ini, unitnya lebih dekat dengan apa yang akan dilancarkan untuk pasaran tempatan, tak lama lagi, dijangka pada suku pertama 2024.

Seal mempunyai ukuran dimensi 4,800 mm panjang, 1,875 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,920 mm, ia dibangun menggunakan e-platform 3.0 BYD, sama seperti Atto 3 dan Dolphin. Ia diposisikan sebagai pesaing kepada segmen yang sama dengan BMW i4 dan Tesla Mannequin 3.

Tidak seperti mannequin Atto 3 dan Dolphin, Seal menggunakan platform binaan elektrikal 800V sama seperti EV yang lebih mewah misalnya Porsche Taycan dan Audi e-Tron GT. Dijangka ada tiga varian bakal ditawarkan untuk Malaysia, seperti juga yang dilihat ditawarkan untuk pasaran Singapura, Thailand dan Australia, pasaran di mana Seal sudah mula dijual.

BYD Seal dipertonton di Malaysia — dijangka tiga varian, lancar Q1 2024, harga anggaran dari RM180k

Varian paling asas ialah Dynamic Normal Vary pacuan belakang, dengan sebuah motor elektrik dengan janaan 201 hp (204 PS atau 150 kW) dan 310 Nm. Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 7.5 saat. Bateri pula menggunakan jenis lithium-iron phospate (LFP) 61.4 kWh Blade yang memberikan jarak 460 km (kitaran WLTP).

Dipertengahan ialah Premium Prolonged Vary yang juga dengan motor tunggal pacuan belakang, tetapi dengan janaan output dan bateri yang lebih tinggi. Motornya menghasilkan 308 hp (313 PS atau 230 kW) dan 360 Nm, manakala kapasiti baterinya pula ialah 82.5 kWh LFP yang memberikan 570 km jarak perjalanan.

Varian paling tinggi ialah Efficiency AWD. Dengan dua motor menjana kuasa 215 hp/310 Nm ditambah kepada unit motor di belakang dengan 308 hp/360 Nm — dengan output keseluruhan 523 hp (530 PS atau 390 kW) dan 670 Nm. Ia menggunakan bateri yang sama, 82.5 kWh seperti Premium ER, dengan jarak perjalanan 520 km mengikut kitaran WLTP.

Untuk pengecasan, Seal paling asas menyokong AC Kind 2 sehingga 7 kW — dengan 8.6 jam diperlukan untuk cas penuh — serta pengecasan DC (CCS2) sehingga 110 kW. Premium ER dan Efficiency AWD juga menampilkan pengecas AC Kind 2 7 kW, dengan pengecasan 0-100% mengambil masa 15.2 jam, manakala pengecasan DC mampu menampung sehingga 150 kW, dengan hanya 37 minit diperlukan untuk mendapatkan kadar bateri dari 10-80%.

Ketika ini belum ada sebarang pengesahan tentang harganya, namun penasihat jualan di acara tersebut menyatakan Seal akan dijual bermula harga sekitar RM180k untuk varian Dynamic, dengan Premium ER mungkin sekitar RM200k dan Efficiency sekitar RM220k.

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *